MUQADDIMAH
Pertengahan 1997, Kes Murtad Aisyah Bokhari menyemarakkan semangat ku untuk berjuang untuk agama ini dengan pelbagai cara samada melalui menambahkan ilmu agama, berjinak-jinak dengan organisasi dakwah dan mendapatkan berita-berita dengan cara sendiri yakni menggunakan media Internet di mana ketika itu hanya peratusan kecil masyarakat yang menggunakan Internet.
Sewaktu aku sedang bekerja di sebuah syarikat konglomerat yang ternama tanahair, aku menemukan 'flyers' yang ditinggalkan oleh seseorang di surau syarikat ini. "CERAMAH ANTI-MURTAD: PEGUAM Zulkifli Noordin - Peguam kepada keluarga Aisyah Bokhari 8.30 malam"
Secara tiba-tiba saya terasa terpanggil untuk pergi ke destinasi yang tertera di flyers tersebut tanpa mengetahui flyers inilah yang bakal mengubah perjalanan hidup ku.
SEMANGAT TERSUNTIK
Setibanya ke surau di bandar itu, kelihatan para hadirin memenuhi surau kecil seperti waktu yang dijadualkan. Segala kebobrokan pihak pemerintah dan kegagalan kerajaan UMNO-BN menangani isu murtad di keluarkan oleh Zulkifli yang menjadi idola segera saya di waktu itu. Apakan tidak, keberaniannya menegakkan kebenaran amat membuatkan saya yang masih mentah ini menjadi teruja.
Antara isi penting yang disampaikan beliau dan membuatkan saya terfikir mengenai UMNO-BN ialah:
1. Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh Lord Reid adalah Perlembagaan Taghut
2. Mufti Wilayah (ketika itu) Datuk Hashim Yahya tidak berani melawan menegakkan kebenaran kerana tiada peruntukan undang-undang dan takut dengan pemerintah.
3. Membaca ayat ini: “Katakanlah (Muhammad), “Apakah akan Aku Beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang fasik) disisi Allah? Iaitu orang yang Dilaknat dan Dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thagut.” Mereka lebih buruk dari tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.” (al-Maidah, 5: 60 )
4. Zulkifli menyamakan UMNO sebagai penyembah taghut dan sempat pula menyindir Dato Hashim Yahya yang agak cacat tangannya sedikit seperti kera kerana bersekongkol dengan pemerintah. Namun kerana hujah-hujah berapi Zulkifli dan geramnya saya dengan 'taghut' maka terlupa saya dengan kebiadapan Zulkifli Noordin ketika itu setelah difikir-fikirkan.
KEHIDUPAN BARU
Sebelum pulang ke rumah, saya sempat menanyakan beliau ke mana destinasi ceramah beliau seterusnya. Maka setelah mencatat diari seminggu beliau maka ke hulu ke hilir lah saya membuntuti Zulkifli mendengar ceramah-ceramahnya di samping membeli kaset-kaset beliau untuk diedarkan kepada sanak-saudara.
Maka saya menjadi aktif dan mula berjinak-jinak dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang saya rasa ketika itu ada yang sebenarnya pembela agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini dan sedang tindas oleh Umno dan Barisan Nasional.
Selain itu, penubuhan GAMM (Gerakan Anti Murtad Malaysia) yang diwarwarkan oleh Zulkifli Noordin membuatkan saya menjadi teruja walaupun borang keahlian belum lagi saya lihat ketika itu.
SUKAN KOMANWEL dan PEMECATAN ANWAR IBRAHIM
Ceramah terakhir Zulkifli yang saya hadiri adalah ketika 3 September 1998 setelah Anwar Ibrahim dipecat sehari sebelumnya. Zulkifli mengatakan ini adalah proses 'taharah' atau pun penyucian kepada Anwar yang pernah mengkhianati Gerakan Islam. Kalau dahulunya , Anwar sanggup meludah 'puuui!!' tapak tangan sendiri jika perempuan bukan muhrim menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi sejak masuk Umno, Anwar sendiri yang terhegeh-hegeh untuk bersalam dengan wanita bukan muhrim.
Kehangatan Sukan Komanwel ketika itu tidak langsung saya hiraukan. Saya bertemu Zulkifli Nordin ketika Ceramah Anwar di Bukit Damansara pada Hari Jumaat, 4 September 1998. Zulkifli ada memberikan ucapan berapi-api di samping Zahid Hamidi dan Hassan Ali ketika itu.
OPPORTUNIS
Satu perkara terbongkar di depan mata saya. Ketika bertemu Zulkifli Noordin di rumah Anwar yakni sebelum dia memberikan ucapan, saya sempat bertanya beliau mengenai GAMM. Beliau lantas menjawab "KITA SELAMA INI TERCARI-CARI PLATFORM, AKHIRNYA SEKARANG SUDAH JUMPA".
Maka ketika inilah saya tersedar jiwa OPPORTUNIS Zulkifli Noordin yang menang tidak berprinsip dan tidak boleh dijadikan sebagai PEMIMPIN. Saya seolah mendapat kesedaran dan kehampaan terpancar di benakku kerana tersalah pilih idola. Barulah saya tahu perjuangan Zulkifli ini tidak ikhlas.
Saya bersimpati dengan Anwar dan saya tidak menyangka Anwar yang pernah dikejinya dahulu akan diperkudakan oleh Zulkifli Noordin demi mencapai cita-cita peribadi yakni menjadi platform untuk nya ke hadapan.
Moralnya di sini, Zulkifli memang seorang OPPORTUNIS dan menggunakan apa sahaja yang ada didepannya untuk kepentingannya hingga sanggup menggadaikan prinsip.
Tidak mustahil bagi Zulkifli untuk keluar PKR dan aktif dalam PERKASA dan seterusnya membuntuti Najib Razak dan adalah TIDAK MUSTAHIL juga untuk Zulkifli Noordin untuk menjatuhkan Najib untuk pihak Muhyiddin Yassin atau sesiapa sahaj demi kerakusan nafsu serakah beliau.
KEBEJATAN AKHLAK ZULKIFLI
Kata-kata kesat yang selalu dihamburkannya di Ceramah-ceramah tidak kira di platform apa yang disokongnya pada masa-masa tertentu. Ketika masih menjadi penceramah bebas, beliau akan mencerca Mahathir sekesat-kesatnya, begitu jua ketika di dalam PKR. Kini, atas platform Perkasa dan Barisan Nasional, perkara yang sama turut diulangi dan menyerlahkan kurangnya akhlak dan besarnya mulut beliau.
HURU HARA SEBUAH KAMPUNG KERANA ZULKIFLI NOORDIN
Banyak cerita mengenai jahatnya mulut Zulkifli sudah diceritakan samada di YouTube ataupun di media-media alternatif. Ada sepintas kisah yang masih belum tersebar serasa saya yang diberitahu oleh seorang sahabat lama mengenai ceramah Zulkifli di kampungnya pada tahun 1999.
Alkisah, terdapat sebuah kampung di pinggiran bandar yang mempunyai 30% penyokong Barisan Nasional, 30% Barisan Alternatif (ketika itu) dan 60% atas pagar. Kepimpinan Parti Keadilan Nasional (keADILan) ketika itu kebanyakannya berasal dari pimpinan Umno kampung itu juga selepas pemecatan Anwar Ibrahim. maka walaupun berbeda idealisma politik tetapi mereka masih berkawan.
Namun, ketika Zulkifli diundang berceramah di ceramah umum keADILan di kampung tersebut, tanpa syak wasangka beliau menanyakan pengerusi majlis nama ketua cawangan kampung tersebut. Setelah mendapat tahu nama ketua tersebut iaitu Cikgu Ali (bukan nama sebenar), maka beliau menyerang Cikgu Ali dalam ceramahnya:
a. Orang Umno semua bodoh sokong Mahathir. Percaya dengan tilam bisu yang diusung oleh Musa Tilam (Musa Hassan)
b. Saya peguam Anwar dan saya tahu apa yang terjadi semuanya. 16 tompok air mani itu hanya rekaan si Musa.
c. Kalau tak percaya mari kita pergi rumah Cikgu Ali dan tengok tilam Cikgu Ali. Ada tak 16 tompok air mani?
Orang-orang kampung terpinga-pinga dan perhubungan pimpinan keADILan dan Umno menjadi teruk. Zulkifli telah memutuskan silturrahim yang sihat di kampung itu. Pimpinan keADIL berasa malu dan tak terkata apa akan kebiadapan Zulkifli. Namun nasi sudah menjadi bubur. Orang atas pagar di kampung itu tidak menyebelahi Barisan Alternatif dek mulut lancang Zukifli Noordin. Siapa yang salah? Kepimpinan Melalui Tauladan :)
Akhirnya saya menjadi seorang ahli biasa PAS yang membantu perjuangan ini secara termampu dan menghilangkan diri dari arus perdana. Alhamdulillah, jika tidak kerana Zulkifli Noordin, mungkin saya masih menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
Kepada pengundi di Shah Alam, fikirkanlah masak-masak!
ZULKIFLI HASHIM bukan ZULKIFLI NOORDIN
Saturday, 4 May 2013
Friday, 3 May 2013
Pesanan Buat Pengundi Perak
Pesanan dari Ayahanda Muhammad,
Bukit Chandan,
Kuala Kangsar
Kegusaran sememangnya melanda hati rakyat Perak bila melihat keputusan pilihanraya 2008 lalu. WALHAL ianya bukanlah suatu yang perlu ditakutkan kerana PAKATAN RAKYAT lebih dilihat memegang konsep keadilan daripada Barisan Nasional.
TETAPI, jika masih gusar akan majoriti DAP menguasai Perak seperti keputusan maka renungkanlah hujahku ini.
1. Mood rakyat
Keputusan lebih baik dari pilihanraya lepas di mana pertambahan majoriti di kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat
2. Kebarangkalian Majoriti 3-5 Kerusi Lagi
Sistem persempadanan pilihanraya Malaysia memungkinkan perkara ini berulang walaupun majoriti undi Pakatan bertambah di mana majoriti kerusi mungkin lebih kurang seperti PRU2008.
3. Maka apa yang rakyat Perak perlu buat?
INGATLAH, Umno itu akan tempang tanpa MCA yang sememangnya ditolak oleh majoriti masyarakat Tionghua Perak.
Oleh itu, Undilah Calon PAS-Pakatan dan PKR-Pakatan daripada mengundi UMNO- BN kerana ini akan meramaikan lagi majoriti Melayu Islam dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Tidaklah ayahanda menidakkan peranan DAP dalam kebangkitan rakyat kali ini cuma terlalu ramai orang Melayu yang totok di Perak yang masih gusar dengan senario khas yang berlaku di negeri Perak yang tercinta.
nota: ayahanda mendakwa beliau adalah salah seorang pengasas awal Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) negeri Perak

Lagi Sabotaj Air Di Selangor
Sumber-sumber dalaman menyatakan bahawa satu taktik keji dalam usaha desperado menawan Selangor oleh BN sedang dijalankan oleh SYABAS.
Paip akan kering pada hari Sabtu dan Ahad ini.
Banyak komplen datang bertalu-talu di beberapa daerah di Selangor ketika ini. Inilah usaha untuk menuding jari kepada kegagalan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menangani krisis air walhal malam tadi empangan adalah poenuh berikutan hujan lebat setiap malam dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.
Silakan menipu rakyat lagi wahai Barisan Nasional!

Blog Palsu Dr Wan Azizah atau Kena Godam?
Heboh sekali lagi mengenai 'pengakuan' Dr Wan Azizah mengenai kewujudan 'video' sulit Nurul Izzah bersama bekas pensyarah beliau.
Dua Teori boleh ditegaskan di sini:
1. Kesan Dari Aktiviti Penggodam
Ini perkara biasa semenjak akhir-akhir ini. Senario perkembangan mutakhir ini tidak perlu dihuraikan lagi kerana kita semua sudah sedia maklum.
2. Blog Palsu
Teori kedua mengenai blog palsu di mana segala perlakuan adalah mengikut blog asal cuma di waktu kritikal seperti sekarang baru kenyataan kontroversi dikeluarkan. Umum mengetahui Dr Wan Azizah mempunyai blog 'Cerita Kak Wan' - http://ceritakakwan.com
Lihat registration blog ini di InterNIC (Badan Induk Penyelarasan Domain Internet Sedunia)
Bandingkan pendaftaran blog 'Wanazizahblog.com ini pula:
Butiran ini agak mencurigakan berbanding yang pertama di mana Mercumaya.net yang mewakili butiran domain walaupun butiran proksi yang tertera.
Sekadar berteori :)
Nota: Setakat ini, kelihatan artikel fitnah itu telah di keluarkan oleh admin wanazizahblog.com
Maka, teori yang pertama yang lebih tepat.

Lagi Kisah Malaysia dan Israel
Heboh seantero negara berikutan video ' Malaysia Prophecy from Jerusalem' maka berkokoklah di alam maya bahawa satu undi kepada Pakatan Rakyat adalah kepada kemusnahan aqidah dan kehancuran kepada Palestin serta sokongan kepada zionis.
Seperti biasa, golongan yang kurang mendapat maklumat secara telus akan terpengaruh lebih-lebih lagi mereka yang menjadikan TV3, RTM dan yang seangkatannya sebagai satu-satunya sumber informasi.
Huraian menyeluruh yang dapat dilihat dari video berkenaan adalah paparan ritual golongan Kristian yang sedang berdoa.
Tiada kaitan langsung dengan Regim Zionis yang selalu dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.
Lihat screenshots dan huraian di bawah ini:
Video ini adalah produksi Living Bread International Church yang berpusat di Jerusalem dan Florida, USA. Mereka memperjuangkan keamanan di negara yang sedang bergolak itu tanpa mengira bangsa dan agama. Lihatlah wajah Karen Dunham, orang kuat Living Bread yang sedang bergambar dengan seorang Muslimah dari Palestin.
Mengapakah wajah wanita Islam ini tidak dipaparkan oleh blogger UMNO/BN? Boleh hancurkah Malaysia jika susuk-susuk belasan orang ini mendoakan sesuatu mengenai Malaysia?
Kembali kepada persoalan, Living Bread juga menawarkan khidmat doa mereka kepada satu dunia dan seelok-eloknya doa itu bersangkut paut dengan keamanan di Baitul Maqdis ini. Lihatlah paparan ini:
Silakan isi borang terbabit dan tekan 'Submit' :) Kita juga boleh meminta mereka doakan Rosmah Mansur menjadi Duta Keamanan di Gaza dan Tebing Barat. LOL!
Berbalik kepada tujuan 'doa' mereka ini dibuatkan adalah supaya rakyat Malaysia beragama Kristian dapat mengunjungi 'tanah suci' mereka. Perlu diingatkan bahawa Baitul Maqdis adalah 'Crossroads of 3 Faiths'. Mereka juga inginkan hak mereka untuk beribadat sedangkan ketiadaan hubungan diplomatik yang tidak memungkinkan niat mereka tercapai. Maka, inilah puncanya doa ini dirakamkan oleh Karen Dunham kerana adanya permintaan dari orang Kristian di Malaysia.
Apa kaitan dengan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat seperti yang tersebar di Facebook? LANGSUNG TIADA!
Seperti biasa, golongan yang kurang mendapat maklumat secara telus akan terpengaruh lebih-lebih lagi mereka yang menjadikan TV3, RTM dan yang seangkatannya sebagai satu-satunya sumber informasi.
Huraian menyeluruh yang dapat dilihat dari video berkenaan adalah paparan ritual golongan Kristian yang sedang berdoa.
Tiada kaitan langsung dengan Regim Zionis yang selalu dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.
Lihat screenshots dan huraian di bawah ini:
Mengapakah wajah wanita Islam ini tidak dipaparkan oleh blogger UMNO/BN? Boleh hancurkah Malaysia jika susuk-susuk belasan orang ini mendoakan sesuatu mengenai Malaysia?
Kembali kepada persoalan, Living Bread juga menawarkan khidmat doa mereka kepada satu dunia dan seelok-eloknya doa itu bersangkut paut dengan keamanan di Baitul Maqdis ini. Lihatlah paparan ini:
Silakan isi borang terbabit dan tekan 'Submit' :) Kita juga boleh meminta mereka doakan Rosmah Mansur menjadi Duta Keamanan di Gaza dan Tebing Barat. LOL!
Berbalik kepada tujuan 'doa' mereka ini dibuatkan adalah supaya rakyat Malaysia beragama Kristian dapat mengunjungi 'tanah suci' mereka. Perlu diingatkan bahawa Baitul Maqdis adalah 'Crossroads of 3 Faiths'. Mereka juga inginkan hak mereka untuk beribadat sedangkan ketiadaan hubungan diplomatik yang tidak memungkinkan niat mereka tercapai. Maka, inilah puncanya doa ini dirakamkan oleh Karen Dunham kerana adanya permintaan dari orang Kristian di Malaysia.
Apa kaitan dengan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat seperti yang tersebar di Facebook? LANGSUNG TIADA!
Thursday, 2 May 2013
Saiful Bukhari Kantoi
Selain 'kantoi' dengan teknik Advanced Green Screen , ada satu lagi bukti yang memang menampakkan tembelang Saiful sendiri. Sila bandingkan tiga gambar di bawah:
Perhatikan tanda 'dahi lebam' di wajah Saiful. Ini membuktikan bahawa video superimpose ini telah di buat di lain waktu bukan sewaktu April 2012 seperti yang didakwa. Kesan lebam dahi tidak akan hilang dalam masa yang singkat.
Bandingkan dengan wajah terbaru pagi tadi di mana memang kesan lebam itu sudah tiada sama sekali.

Wajah Saiful pada Januari 2012. Masih bertanda di dahi.. Bulan 4 dah hilang?
Bandingkan dengan wajah terbaru pagi tadi di mana memang kesan lebam itu sudah tiada sama sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)