Seperti biasa, golongan yang kurang mendapat maklumat secara telus akan terpengaruh lebih-lebih lagi mereka yang menjadikan TV3, RTM dan yang seangkatannya sebagai satu-satunya sumber informasi.
Huraian menyeluruh yang dapat dilihat dari video berkenaan adalah paparan ritual golongan Kristian yang sedang berdoa.
Tiada kaitan langsung dengan Regim Zionis yang selalu dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.
Lihat screenshots dan huraian di bawah ini:
Mengapakah wajah wanita Islam ini tidak dipaparkan oleh blogger UMNO/BN? Boleh hancurkah Malaysia jika susuk-susuk belasan orang ini mendoakan sesuatu mengenai Malaysia?
Kembali kepada persoalan, Living Bread juga menawarkan khidmat doa mereka kepada satu dunia dan seelok-eloknya doa itu bersangkut paut dengan keamanan di Baitul Maqdis ini. Lihatlah paparan ini:
Silakan isi borang terbabit dan tekan 'Submit' :) Kita juga boleh meminta mereka doakan Rosmah Mansur menjadi Duta Keamanan di Gaza dan Tebing Barat. LOL!
Berbalik kepada tujuan 'doa' mereka ini dibuatkan adalah supaya rakyat Malaysia beragama Kristian dapat mengunjungi 'tanah suci' mereka. Perlu diingatkan bahawa Baitul Maqdis adalah 'Crossroads of 3 Faiths'. Mereka juga inginkan hak mereka untuk beribadat sedangkan ketiadaan hubungan diplomatik yang tidak memungkinkan niat mereka tercapai. Maka, inilah puncanya doa ini dirakamkan oleh Karen Dunham kerana adanya permintaan dari orang Kristian di Malaysia.
Apa kaitan dengan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat seperti yang tersebar di Facebook? LANGSUNG TIADA!
No comments:
Post a Comment