Friday, 3 May 2013

Pesanan Buat Pengundi Perak

Pesanan dari Ayahanda Muhammad,
Bukit Chandan,
Kuala Kangsar


Kegusaran sememangnya melanda hati rakyat Perak bila melihat keputusan pilihanraya 2008 lalu. WALHAL ianya bukanlah suatu yang perlu ditakutkan kerana PAKATAN RAKYAT lebih dilihat memegang konsep keadilan daripada Barisan Nasional.

TETAPI, jika masih gusar akan majoriti DAP menguasai Perak seperti keputusan maka renungkanlah hujahku ini.

1. Mood rakyat

Keputusan lebih baik dari pilihanraya lepas di mana pertambahan majoriti di kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat

2. Kebarangkalian Majoriti 3-5 Kerusi Lagi

Sistem persempadanan pilihanraya Malaysia memungkinkan perkara ini berulang walaupun majoriti undi Pakatan bertambah di mana majoriti kerusi mungkin lebih kurang seperti PRU2008.

3. Maka apa yang rakyat Perak perlu buat?

INGATLAH, Umno itu akan tempang tanpa MCA yang sememangnya ditolak oleh majoriti masyarakat Tionghua Perak.

Oleh itu, Undilah Calon PAS-Pakatan dan PKR-Pakatan daripada mengundi UMNO- BN kerana ini akan meramaikan lagi majoriti Melayu Islam dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Tidaklah ayahanda menidakkan peranan DAP dalam kebangkitan rakyat kali ini cuma terlalu ramai orang Melayu yang totok di Perak yang masih gusar dengan senario khas yang berlaku di negeri Perak yang tercinta.



nota: ayahanda mendakwa beliau adalah salah seorang pengasas awal Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) negeri Perak

No comments:

Post a Comment