MUQADDIMAH
Pertengahan 1997, Kes Murtad Aisyah Bokhari menyemarakkan semangat ku untuk berjuang untuk agama ini dengan pelbagai cara samada melalui menambahkan ilmu agama, berjinak-jinak dengan organisasi dakwah dan mendapatkan berita-berita dengan cara sendiri yakni menggunakan media Internet di mana ketika itu hanya peratusan kecil masyarakat yang menggunakan Internet.
Sewaktu aku sedang bekerja di sebuah syarikat konglomerat yang ternama tanahair, aku menemukan 'flyers' yang ditinggalkan oleh seseorang di surau syarikat ini. "CERAMAH ANTI-MURTAD: PEGUAM Zulkifli Noordin - Peguam kepada keluarga Aisyah Bokhari 8.30 malam"
Secara tiba-tiba saya terasa terpanggil untuk pergi ke destinasi yang tertera di flyers tersebut tanpa mengetahui flyers inilah yang bakal mengubah perjalanan hidup ku.
SEMANGAT TERSUNTIK
Setibanya ke surau di bandar itu, kelihatan para hadirin memenuhi surau kecil seperti waktu yang dijadualkan. Segala kebobrokan pihak pemerintah dan kegagalan kerajaan UMNO-BN menangani isu murtad di keluarkan oleh Zulkifli yang menjadi idola segera saya di waktu itu. Apakan tidak, keberaniannya menegakkan kebenaran amat membuatkan saya yang masih mentah ini menjadi teruja.
Antara isi penting yang disampaikan beliau dan membuatkan saya terfikir mengenai UMNO-BN ialah:
1. Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh Lord Reid adalah Perlembagaan Taghut
2. Mufti Wilayah (ketika itu) Datuk Hashim Yahya tidak berani melawan menegakkan kebenaran kerana tiada peruntukan undang-undang dan takut dengan pemerintah.
3. Membaca ayat ini: “Katakanlah (Muhammad), “Apakah akan Aku Beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang fasik) disisi Allah? Iaitu orang yang Dilaknat dan Dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thagut.” Mereka lebih buruk dari tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.” (al-Maidah, 5: 60 )
4. Zulkifli menyamakan UMNO sebagai penyembah taghut dan sempat pula menyindir Dato Hashim Yahya yang agak cacat tangannya sedikit seperti kera kerana bersekongkol dengan pemerintah. Namun kerana hujah-hujah berapi Zulkifli dan geramnya saya dengan 'taghut' maka terlupa saya dengan kebiadapan Zulkifli Noordin ketika itu setelah difikir-fikirkan.
KEHIDUPAN BARU
Sebelum pulang ke rumah, saya sempat menanyakan beliau ke mana destinasi ceramah beliau seterusnya. Maka setelah mencatat diari seminggu beliau maka ke hulu ke hilir lah saya membuntuti Zulkifli mendengar ceramah-ceramahnya di samping membeli kaset-kaset beliau untuk diedarkan kepada sanak-saudara.
Maka saya menjadi aktif dan mula berjinak-jinak dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang saya rasa ketika itu ada yang sebenarnya pembela agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini dan sedang tindas oleh Umno dan Barisan Nasional.
Selain itu, penubuhan GAMM (Gerakan Anti Murtad Malaysia) yang diwarwarkan oleh Zulkifli Noordin membuatkan saya menjadi teruja walaupun borang keahlian belum lagi saya lihat ketika itu.
SUKAN KOMANWEL dan PEMECATAN ANWAR IBRAHIM
Ceramah terakhir Zulkifli yang saya hadiri adalah ketika 3 September 1998 setelah Anwar Ibrahim dipecat sehari sebelumnya. Zulkifli mengatakan ini adalah proses 'taharah' atau pun penyucian kepada Anwar yang pernah mengkhianati Gerakan Islam. Kalau dahulunya , Anwar sanggup meludah 'puuui!!' tapak tangan sendiri jika perempuan bukan muhrim menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi sejak masuk Umno, Anwar sendiri yang terhegeh-hegeh untuk bersalam dengan wanita bukan muhrim.
Kehangatan Sukan Komanwel ketika itu tidak langsung saya hiraukan. Saya bertemu Zulkifli Nordin ketika Ceramah Anwar di Bukit Damansara pada Hari Jumaat, 4 September 1998. Zulkifli ada memberikan ucapan berapi-api di samping Zahid Hamidi dan Hassan Ali ketika itu.
OPPORTUNIS
Satu perkara terbongkar di depan mata saya. Ketika bertemu Zulkifli Noordin di rumah Anwar yakni sebelum dia memberikan ucapan, saya sempat bertanya beliau mengenai GAMM. Beliau lantas menjawab "KITA SELAMA INI TERCARI-CARI PLATFORM, AKHIRNYA SEKARANG SUDAH JUMPA".
Maka ketika inilah saya tersedar jiwa OPPORTUNIS Zulkifli Noordin yang menang tidak berprinsip dan tidak boleh dijadikan sebagai PEMIMPIN. Saya seolah mendapat kesedaran dan kehampaan terpancar di benakku kerana tersalah pilih idola. Barulah saya tahu perjuangan Zulkifli ini tidak ikhlas.
Saya bersimpati dengan Anwar dan saya tidak menyangka Anwar yang pernah dikejinya dahulu akan diperkudakan oleh Zulkifli Noordin demi mencapai cita-cita peribadi yakni menjadi platform untuk nya ke hadapan.
Moralnya di sini, Zulkifli memang seorang OPPORTUNIS dan menggunakan apa sahaja yang ada didepannya untuk kepentingannya hingga sanggup menggadaikan prinsip.
Tidak mustahil bagi Zulkifli untuk keluar PKR dan aktif dalam PERKASA dan seterusnya membuntuti Najib Razak dan adalah TIDAK MUSTAHIL juga untuk Zulkifli Noordin untuk menjatuhkan Najib untuk pihak Muhyiddin Yassin atau sesiapa sahaj demi kerakusan nafsu serakah beliau.
KEBEJATAN AKHLAK ZULKIFLI
Kata-kata kesat yang selalu dihamburkannya di Ceramah-ceramah tidak kira di platform apa yang disokongnya pada masa-masa tertentu. Ketika masih menjadi penceramah bebas, beliau akan mencerca Mahathir sekesat-kesatnya, begitu jua ketika di dalam PKR. Kini, atas platform Perkasa dan Barisan Nasional, perkara yang sama turut diulangi dan menyerlahkan kurangnya akhlak dan besarnya mulut beliau.
HURU HARA SEBUAH KAMPUNG KERANA ZULKIFLI NOORDIN
Banyak cerita mengenai jahatnya mulut Zulkifli sudah diceritakan samada di YouTube ataupun di media-media alternatif. Ada sepintas kisah yang masih belum tersebar serasa saya yang diberitahu oleh seorang sahabat lama mengenai ceramah Zulkifli di kampungnya pada tahun 1999.
Alkisah, terdapat sebuah kampung di pinggiran bandar yang mempunyai 30% penyokong Barisan Nasional, 30% Barisan Alternatif (ketika itu) dan 60% atas pagar. Kepimpinan Parti Keadilan Nasional (keADILan) ketika itu kebanyakannya berasal dari pimpinan Umno kampung itu juga selepas pemecatan Anwar Ibrahim. maka walaupun berbeda idealisma politik tetapi mereka masih berkawan.
Namun, ketika Zulkifli diundang berceramah di ceramah umum keADILan di kampung tersebut, tanpa syak wasangka beliau menanyakan pengerusi majlis nama ketua cawangan kampung tersebut. Setelah mendapat tahu nama ketua tersebut iaitu Cikgu Ali (bukan nama sebenar), maka beliau menyerang Cikgu Ali dalam ceramahnya:
a. Orang Umno semua bodoh sokong Mahathir. Percaya dengan tilam bisu yang diusung oleh Musa Tilam (Musa Hassan)
b. Saya peguam Anwar dan saya tahu apa yang terjadi semuanya. 16 tompok air mani itu hanya rekaan si Musa.
c. Kalau tak percaya mari kita pergi rumah Cikgu Ali dan tengok tilam Cikgu Ali. Ada tak 16 tompok air mani?
Orang-orang kampung terpinga-pinga dan perhubungan pimpinan keADILan dan Umno menjadi teruk. Zulkifli telah memutuskan silturrahim yang sihat di kampung itu. Pimpinan keADIL berasa malu dan tak terkata apa akan kebiadapan Zulkifli. Namun nasi sudah menjadi bubur. Orang atas pagar di kampung itu tidak menyebelahi Barisan Alternatif dek mulut lancang Zukifli Noordin. Siapa yang salah? Kepimpinan Melalui Tauladan :)
Akhirnya saya menjadi seorang ahli biasa PAS yang membantu perjuangan ini secara termampu dan menghilangkan diri dari arus perdana. Alhamdulillah, jika tidak kerana Zulkifli Noordin, mungkin saya masih menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
Kepada pengundi di Shah Alam, fikirkanlah masak-masak!
ZULKIFLI HASHIM bukan ZULKIFLI NOORDIN
No comments:
Post a Comment